Khamis, 13 Oktober 2011

Penolong Pegawai Perubatan di O&G




Jabatan Perbidanan dan sakit puan (obstetriks & Ginekologi) merupakan satu jabatan yang tidak asing lagi untuk warga PPP berkhidmat.

Antara tugas PPP di O&G ialah melakukan prosedur ultasound untuk ibu-ibu mengandung (obstetriks) dan pesakit puan (ginekologi)


Encik Karim sedang melakukan ujian ultrasound untuk pesakit ginekologi

PPP akan melakukan ultrasound mengikut kepada arahan Pegawai Perubatan. Biasanya kes yang di scan ialah kes yang dirujuk dari hospital dan klinik kesihatan luar. Ini bermakna PPP perlu mempunyai ilmu yang mendalam bagi mengesan dan mengesahkan kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan.

Kes biasa yang dirujuk ialah bayi kembar (multlpe pregnancy), Air ketuban kurang atau lebih, bayi besar atau kecil, kedudukan placenta (uri) yang menghalang laluan keluar, kedudukan bayi yang songsang/melintang dan sebagainya.

Manakala bagi kes gine pula ialah kes fibroid, ovarian cyst, molar, PICOS dan lain-lain.

Selain itu tugas biasa seorang PPP sebagai penyelia hospital ialah sebagai penyelia,pegawai aset dan lain-lain lagi.

Terdapat banyak peluang untuk PPP ditempatkan di Jabatan O&G, antaranya ialah :

1. PAC (Patient Asesement Centre) iaitu unit kecemasan bagi O&G. Diunit ini selain dari pesakit akan diperiksa secara fizikal oleh Pegawai Perubatan dan Jururawat, mereka juga akan menjalani ujian ultrasound

2 .Labour Room - PPP lebih layak dan perlu diletakan di unit ini memandangkan PPP semasa menjalani latihan klinikal, mereka menjalani latihan klinikal selama dua minggu dan wajib menyambut sekurang-kurangnya 1 bayi, berbanding jururawat yang semasa latihan klinikal hanya memerhati (observation)

3. Unit Inferteliti - Iaitu unit rawatan kesuburan. Antara rawatan yang ditawarkan disini ialah IUI(intra uterine insemination),IVF(In Vitro Fertilization), ART (Assisted Reproductive Technologie dan ICSI (Intra Cytoplasmic Sperm Injection)

4. Unit Maternal Fetal Medicine (MFM) iaitu satu unit khas penjagaan dan rawatan oleh pakar untuk kes-kes obstetrik. Anatara kes yang dilihat di unit ini ialah kes bayi kembar, kes kecacatan bayi, masalah amniotik dan lain-lain lagi. Antara prosedur yang dilakukan disini ialah Amnionsintesi. Ujian ini dilakukan atas pelbagai sebab antaranya untuk mengesan masalah genetik, mengesan jenis jantina bayi, membuktikan kes spina bifida, masalah kromosom dan lain-lain kes abnormaliti bayi. Jika perlu blood cord sampling juga ditawarkan dan dilakukan prosedur pengambilannya disini.

Untuk melakukan prosedur Amniontik, Blood cord sampling perut ibu akan dicucuk dengan jarum melepasi rahim (uterus) dengan bantuan ultrasound.

asas kepada melakukan ujian ultrasound ialah pemahaman kepada Anatomi terutamanya Reproduktif anatomi

Antara pengalaman saya adalah kes amniotik (air ketuban) yang kurang dan perlu ditambah, ianya dinamakan sebagai amnion infusion, selain itu antara kes kecacatan bayi ynag pernah saya lihat ialah 'anak duyung' (hemivertebra a developmental anomaly in which one side of a vertebra is incompletely developed) iaitu kes bayi yang kakinya bercantum membentuk satu kaki sahaja akibat masalah pengaliran darah dari umbilical cord.

Contoh gambar dari luar negara : Sirenomelia biasanya dikenali sebagai Mermaid Syndrome. Merupakan kes kecacatan kongenetal yang sangat jarang.

bersambung untuk unit dibawah...

5. Uro - Gynikologi

6. Gyne - Onkologi

7. Dewan Bedah

Laporan scan yang dibuat oleh Penolong Pegawai Perubatan diterima baik oleh Pakar Perubatan. Sekiranya terdapat abnormaliti yang dikesan, ujian ulangan oleh Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan akan dibuat.

5 ulasan:

  1. tahniah...hebat tu bro...nak aku cerita pasal psy ke?...

    BalasPadam
  2. aku nak tergelak dengan geng2 yang dok buat ijazah sains paramedik, berlagak dan berangan kononnya selepas dapat degree diorang akan bertugas sebagai Paramedic Officer, sedangkan JPA pun tak de mewujudkan jawatan tersebut, bahkan lembaga pembantu perubatan juga tidak mengiktiraf ijazah tersebut untuk bertugas sebagai Pegawai paramedik u41 klinikal, sebab diorang berangan dengan ijazah tersebut mereka akan bertugas sebagai pegawai paramedik yang akan melakukan tugas pre hospital care, inteprate ECG dan sebagainya, kalau difikir lojik, buat ape kerajaan nak buang duit untuk bayar gaji 41, sedangkan kerja tu u29 boleh buat. kecuali sebagai penyelia pengurusan dan pengajar, itu saja yang diiktiraf oleh lembaga

    BalasPadam
  3. lagipun kalau nak ikut kekosongan jawatan, lebih baik kerajaan mengekalkan pembantu perubatan kerana skop kerja yang lebih meluas dan pelbagai, berbanding mereka ini yang hanya tahu bertugas di unit kecemasan dan pre hospital care sahaja, setakat pre hospital care, st john ambulan dan persatuan bulan sabit merahpun boleh buat apa yang diorang buat, di malaysia tak semua kita boleh buat decicion untuk intubate pesakit, cpr pesakit di tempat kerja atau di rumah, sebab in case bila dah masuk court siapa yang bertanggung jawab?dioran tak fikir semua ini, yang diorang tahu hanya nak glamour je, lebih baiklah kerja-kerja melibatkan legal ini ditentukan keputusannya oleh Doktor dari nak ambik risiko sendiri..

    BalasPadam
  4. Greetings and Good Day !

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-

    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-
    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    Sender:-
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam