Selasa, 11 Mac 2014

Surat untuk Ahli Parlimen Lembah Pantai

Assalammualaikum YB
 Merujuk kepada kenyataan YB Nurul Izzah, bahawa Klinik 1 Malaysia bertaraf dunia ke 3 kerana tiada pegawai perubatan, saya mewakili Pen. Peg Perubatan yang bertugas di Klinik 1 Malaysia ingin memberi sedikit maklum balas. 

Pertama, YB diminta melihat tujuan klinik ini ditubuhkan. Klinik ini bagi , membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan mengalami kes kes ringan mendapatkan rawatan dengan kos paling murah.Kos untuk sakit ringan seperti demam dan selsema di klinik swasta bermula dari RM 15.

 Sedangkan pesakit boleh membeli sendiri ubat tersebut di kedai runcit dengan harga RM 5. Bagi mengelakan pesakit membeli sendiri ubat tanpa dilihat oleh anggota kesihatan bertauliah dan bagi mengelakan pesakit miskin tidak mendapatkan rawatan, maka penubuhan Kinik 1 Malaysia adalah amat bertepatan. Ianya dapat dibuktikan dengan kehadiran pesakit yang ramai ke Klinik 1 Malaysia.

 Kedua, YB membangkitkan isu ketiadaan pegawai perubatan yang bertugas di Klinik 1 Malaysia. Untuk pengetahuan YB, kerja ini diambil alih oleh Penolong Pegawai Perubatan. Penolong Pegawai Perubatan mendapat latihan dalam Pembantu Perubatan selama tiga tahun dan dikurniakan diploma. Berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan dibawah akta 180. Kami Penolong Pegawai Perubatan satu satunya profesyen yang boleh melihat, mendiagnosa dan memskripsi ubat kepada pesakit selain doktor sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan. 

Untuk pengetahuan YB selain Klinik 1 Malaysia, lebih separuh klinik kesihatan KKM diuruskan oleh Penolong Pegawai Perubatan terutamanya di desa desa. Malah Penolong Pegawai Perubatan juga terpaksa untuk oncall, melihat pesakit ditengah-tengah malam walaupun tidak dibayar elaun oncall seperti pegawai perubatan.

 Disebabkan YB telah membangkitkan hal ini, lebih dari sekali pada perkiraan saya, maka besar harapan kami untuk YB bangkitkan isu ini di Parlimen supaya kami tidak terus diancam oleh undang undang dengan membenarkan kami melihat kes ringan tanpa pengawasan doktor. 

Bagi memastikan sistem kesihatan kita berada dalam kelas negara maju, mohon dibangkit kan isu supaya program ijazah untuk Penolong Pegawai Perubatan diwujudkan seperti mana Physician Assistant di Amerika Syarikat dan Belanda.

 Yang benar, Dulu Dressar, sekarang Penolong Pegawai Perubatan.

*Surat ini ditulis oleh saya sebagai respon terhadap kenyataan ahli parlimen lembah pantai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan