Isnin, 1 Ogos 2011

Arthoscopic

Oleh : Penolong Pegawai Perubatan Mohd Fyrol Ikram Othman



Alhamdulillah, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak berjaya dalam satu pembedahan kecil terhadap lututnya.Pembedahan ini dijalankan oleh sekumpulan pakar orthopedik Hospital Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1433. Pembedan ini yang berlangsung selama 45 minit dinamakan sebagai Arthoscopic.

Apa itu Arthroscopy?
Arthroscopy adalah prosedur pembedahan dalam bidang orthopaedic untuk melihat(visualize), mendiagnosa, dan membaiki kerosakan didalam sendi.

Arthroscopy diambil dari bahasa Yunani iaitu, “arthro” (sendi) dan “skopein” (untuk melihat). Secara harifiah bererti “melihat di dalam sendi”. Dalam pemeriksaan arthroscopy, pakar bedah ortopedik membuat torehan kecil dikulit pesakit kemudian memasukkan alatan sebesar pensil yang mengandungi lensa kecil dan sistem pecahayaan untuk memperbesar dan menampilkan struktur dalam sendi. Cahaya dihantar melalui fiber optics yang ada dihujung artrhoscope yang dimasukkan ke dalam sendi. Dengan menghubungkan arthroscope ke kamera televisyen, pakar bedah dapat melihat sendi melalui torehan kecil ini dibandingkan dengan menggunakan potongan besar pada pembedahan biasa.

Mengapa Arthoscopy diperlukan?
Untuk mendiagnosa kecederaan dan penyakit sendi biasanya dengan pengambilan riwayat penyakit, pemeriksaan fisikal, dan imbasan X-ray. Pemeriksaan tambahan seperti MRI atau CT scan juga kadang-kadang diperlukan. Dengan prosedur arthoscopy diagnosa akhir dapat menjadi lebih tepat dan mudah daripada pembedahan besar.

Bagaimana Arthoscopy dilakukan?
Walaupun arthoscopy merupakan pembedahan kecil (pembedahan dengan torehan amat kecil), penggunaan anastesia dan alat-alat khusus diruang pembedahan tetap diperlukan. Anastesia yang dilakukan mungkin anastesia umum, spinal, atau anastesia lokal bergantung sendi mana yang akan dilakukan dan masalah yang akan timbul.
Torehan yang kecil diperlukan untuk memasukan arthoscope, beberapa torehan lain diperlukan untuk melihat bahagian lain dari sendi atau untuk memasukkan alat bantuan lainnya.

Komplikasi ?
Sangat jarang terjadi komplikasi akibat pembedahan arthoscopy. Komplikasi yang mungkin terjadi adalah infeksi, bengkak berlebihan, pendarahan di dalam sendi.
Kelebihan arthoscopy?
Rasa sakit yang kurang dibandingkan pembedahan biasa, waktu rawatan dan penyembuhan lebih singkat, dan komplikasi yang lebih jarang dan rendah.

Penyembuhan setelah arthoscopy
Torehan kecil akan sembuh dalam beberapa hari dengan rasa sakit yang minima. Penyembuhan sendi akan memakan waktu beberapa minggu dengan program rehabilitasi yang tepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan