Rabu, 12 Oktober 2011

Cadangan Penambahbaikan skim perkhidmatan dan halatuju Penolong Pegawai Perubatan

OBJEKTIF
Objektif utama adalah untuk mencadangkan penambahbaikan kepada system pembelajaran,pengiktirafan dan hala tuju Penolong Pegawai Perubatan.


VISI
Menjadikan Penolong Pegawai Perubatan satu profesion yang unggul menepati kehendak perkhidmatan kesihatan kebangsaan.

MISI

Memastikan Penolong Pegawai Perubatan sentiasa relevan dan boleh diterima dalam industry kesihatan dalam dan luar Negara.


Latar belakang
Profesion Penolong Pegawai Perubatan bermula sejak tahun 1786 dengan nama Dresser . Mula bertapak di Pulau Pinang dan seterusnya pada tahun 1823 Dresser telahpun berada di negeri Pulau Pinang,Melaka dan juga Singapura.Pada tahun 1936 nama Dresser telah ditukarkan kepada nama Pembantu Rumah Sakit (HA).

Tahun 1957 iaitu tahun kemerdekaan Negara Malaysia ,Pembantu Rumah Sakit telah dikenali pula sebagai Pembantu Hospital (HA) dengan wujudnya jawatan tersebut di seluruh Malaysia.Pada 1961 secara rasminya "National Union Of Hospital Assistant " (NUHA) telah didaftarkan.Sekolah Latihan Pembantu Hospital yang pertama telah beroperasi di Kuching ,Sarawak pada tahun 1969.manakala pada tahun 1971 Sekolah Latihan Pembantu Hospital yang kedua telah beroperasi di Seremban,Negeri Sembilan.

Akta Pembantu Hospital (Pendaftaran),telah dikuatkuasakan pada tahun 1977.Seiring dengan pembangunan kerjaya ,Pada tahun 1985 pula nama Pembantu Hospital (HA) telah ditukarkan dengan nama Pembantu Perubatan (MA) .

Tahun 1986 secara rasminya Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia telah ditubuhkan.Sejajar dengan perubahan demi perubahan kepada profesion , maka sijil Pembantu Perubatan telah diiktiraf sebagai Diploma Pembantu Perubatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1989 .

Pada tahun 2007 ,Nama Pembantu Perubatan (MA) telah ditukarkan kepada Penolong Pegawai Perubatan (AMO). Transformasi Profesion semakin berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi perubatan masakini dengan kewujudan Skim Bersepadu .Pengwujudan Jawatan bagi Penolong Pegawai Perubatan siswazah ke skim Pengurusan dan Profesional (P&P).


Fungsi Penolong Pegawai Perubatan
Fungsi Penolong Pegawai Perubatan adalah memberi perkhidmatan penjagaan kuratif ,promotif,preventif dan rehabilitatif kepada setiap lapisan masyarakat.

Perbincangan

Nama Penolong Pegawai Perubatan diambil dari tugas serta tanggung jawb PPP terutamanya di klinik-klinik kesihatan seluruh Negara. Penjenamaan semula nama Pembantu Perubatan yang disifatkan bertahap rendah dan sering disalah gunakan oleh lain-lain profesion terutama sekali paramedic swasta dan NGO telah membawa kepada satu idea penukaran nama baru iaitu Penolong Pegawai Perubatan. Penjenamaan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan sebagai majikan terbesar terhadap nama baru ini seharusnya diambil peluang oleh warga PPP.

Kita seharusnya mengambil peluang untuk lebih dekat dengan Pegawai Perubatan (doctor) dengan memasuki semua bidang yang turut dimasuki oleh doctor, sama ada bidang perubatan,rehabilitative,pentadbiran,kajian dan sebagainya.

Sebelum ini, peluang untuk PPP bekerja terhad kepada klinik kesihatan, psikiatrik, kecemasan, hemodialisis,orthopedic,klinik-klinik pakar dan beberapa unit kecil yang lain.

Dengan mengambi kesempatan dari nama PPP ini, seharusnya pihak penyeliaan/lembaga memikirkan untuk meletakan PPP di labour room, jabatan pathologi, jabatan radiologi, jabatan rehab, wad-wad, Pusat kajian Klinikal, makmal Perubatan dan sebagainya sesuai dimana doctor ditempatkan.

Klinik 1Malaysia.

Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan Klinik 1Malaysia, iaitu sebuah klinik yang focus kepada penyakit ringan seperti demam, selsema,batuk,luka ringan dan sebagainya.
Tanggunjawab mengendalikan klinik ini sepenuhnya diletakan dibahu Penolong Pegawai Perubatan. Kejayaan dan rasa puas hati warga Malaysia keatas klinik 1Malaysia ini diterjemahkan dalam bentuk penambahan 50 buah lagi klinik 1Malaysia yang menjadikannya kepada 100 buah. Selain itu, Menteri Kesihatan turut merancang untuk meletakan Penolong Pegawai Perubatan bagi mengetuai klinik-klinik desa diselluruh Negara. Pernyataan diatas adalah menunjukan kepercayaan rakyat dan kerajaan kepada Penolong Pegawai Perubatan.

Cadangan

1. Program diploma Pembantu Perubatan harus ditukar nama kepada Diploma Perubatan. Penggunaan nama lain adalah tidak sesuai dan mengganggu proses PPP. Nama diploma sains perubatan pula tidak wajar kerana sudah ada program seperti itu yang mana bukanlah untuk menjadikan seseorang itu sebagai doctor.
http://ims.msu.edu.my/v7/bmedscience.php
http://ims.msu.edu.my/v7/dmedscience.php


2. Program diploma hendaklah disemak semula agar menepati kehendak semasa, medapat kelulusan dari MQA dan pengiktirafan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

3. Berdasarkan perkembangan semasa, PPP boleh menyambung belajar untuk menjadi Pegawai Perubatan (doctor). Peluang ini tersedia di Lincoln University College
Dengan ini saya mencadangkan agar Lembaga Pembantu Perubatan memainkan kerjasama erat dengan memudahkan proses sambung belajar ini. Iaitu :

i. Melaksanakan program cadangan 1 dan 2 agar PPP boleh dengan mudah memasuki program MBBS dan pemindahan kredit dapat dilakukan.

ii. JPA hendaklah menaja program ini dengan gaji penuh/separuh.

http://www.lincoln.edu.my/docmm.php

4. Gred PPP hendaklah dimasukan dari U29 kepada UD 29 sejajar dengan nama sebagai PPP dan bagi memudahkan PPP yang mengambil MBBS menjadi Pegawai Perubatan.

5. Program Penempatan Wajib (PPW) hendaklah dilanjutkan dari 6 bulan kepada setahun. Tamat program ini, setiap PPP diberi ACLS/Post basic kecemasan. Rasional kepada cadangan ini ialah PPP hendaklah sentiasa bertindak sebagai Paramedik kecemasan kebangsaan walau dimana mereka bekerja.

6. Setelah tamat program PPW, PPP dinaikan gred dari UD 29 kepada UD 32. Namun cadangan 5 hendaklah dilaksanakan.

7. PPP boleh mendaftar dengan MMA. Tujuannya supaya mudah untuk MMA memantau dan mengajar PPP untuk memenuhi PPP sebagai penolong Pegawai Perubatan. Rasional nya juga ialah PPP dibenarkan menyambung belajar dalam MBBS.

8. Memasuki jabatan-jabatan lain sperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Cadangan ini nanti akan mewujudkan dua skim perkhidmatan untuk PPP, iaitu skim bersepadu dari UD 29-UD 54 untuk PPP yang tidak sambung belajar/belajar bidang lain dan skim Pegawai Perubatan dari UD42-JUSA untuk PPP yang menyambung MBBS.

Sekian cadangan saya.

Mohd Fyrol Ikram Othman
Jab. O&G, Hospital Bersalin,
Hospital Kuala Lumpur

2 ulasan:

  1. cadangan yang bernas dan patut diberi perhataian kepada mereka mereka yang sepatutnya.. persoalanya kita terfikir tp kenapa MEREKA tidak terfikir? tepuk dada tanya mereka

    BalasPadam
  2. Para pegawai perubatan yg duduk kat MMA 2 nak kasi ke? :)

    BalasPadam