Khamis, 20 Oktober 2011

Peluang Menjadi Pengajar dan Clinical Instructor

Penolong Pegawai Perubatan diakui sedang bergerak maju kedepan. Langkah demi langkah kejayaan sedang diukir hasil kerjasama erat Lembaga Pembantu Perubatan, Persatuan Penolong Pegawai Perubatan dan Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan.

Kini, bagi memenuhi aspirasi rakyat dan kementerian kesihatan, proses melahirkan lebih ramai Penolong Pegawai Perubatan sedang giat dijalankan oleh pihak kerajaan melalui institusi latihan KKM dan juga pihak swasta.

Apakah syarat menjadi Pengajar?


- Jawatan Pensyarah : Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Lembaga Lembaga Pembantu Perubatan

- Mempunyai Sijil "Teaching Methodology" bagi jawatan pensyarah


Apakah syarat mejadi Clinical Instructor?

- Jawatan Pengajar Klinikal :Pembantu Perubatan yang diiktiraf oleh Lembaga Pembantu Perubatan

- Pengalaman klinikal sekurang-kurangnya 3 tahun

- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil pengkhususan seperti Bilik Bedah, Kesihatan Umum, Perawatan Kebidanan, Pediatrik, Critical Care dan sebagainya


- Berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia bagi Pembantu Perubatan


Menurut web SPA antara ijazah yang diiktiraf untuk menjadi pengajar Pembantu Perubatan ialah :

Bidang-Bidang Yang Dipertimbangkan:

Health Care Practice Education

Health Care

Health Studies (Medical Assistant)

Health

Paramedical Health Science

Clinical Practice

Sarjana Muda Pendidikan (Sains)

Biologi

Sarjana Muda Sains Forensik

Forensic Science

Health Care Development and Education

Health Science

Public Health (Kesihatan Awam)

Sains Bio Kesihatan

Sains Bio Perubatan

Sains Kejururawatan

Sains Perubatan (Kesihatan Awam)







Berikut senarai kolej yang menawarkan bidang diploma pembantu perubatan.

Kolej dibawah naungan kementerina kesihatan yang menawarkan kursus diploma pembantu perubatan ialah :

1. KSKB Kota Kinabalu
2. KSKB Kuching
3. KSKB Ulu Kinta
4. KPP Alor Star dan
5. KPP Seremban.



Manakala bagi pihak institusi pengajian tinggi swasta pula :

1. MSU -Shah Alam
2. UniKL (dalam proses kelulusan)
3. Kolej Universiti Shah Putra - Kuantan
4. Kolej Universiti PUSRAWI -KL (dalam proses kelulusan)
5. Kolej Universiti Lincoln - PJ
6. Kolej Teknologi dan Profesional - Perlis
7. Vision College - Kelana Jaya
8. Murni Nursing College - Nilai
9. Kolej Islam Sains dan Teknologi - Bachok
10. Insitut I-System - Kuching, Miri dan Klang
11. PTPL -Sg. Petani (dalam proses kelulusan)
12. Kist Kuala Berang (dalam proses kelulusan)


Contoh Silibus Diploma Pembantu Perubatan yang diluluskan oleh MQA

YEAR 1
SEMESTER 1
Bahasa Kebangsaan A
Anatomy & Physiology I
Anatomy & Physiology II
Bioscience
Microbiology & Parasitology
Behavioural Science
English for Medical Assistant
Computer for Medical Assistant
Islamic Studies/ Moral

YEAR 1
SEMESTER 2
Basic Medicine
Basic Surgery
Nursing Science I
Clinical Pharmacology I
Community Health I
Malaysian Studies

YEAR 2
SEMESTER 3
Personal and Professional Development
Nursing Sciences II
Community Health II
Clinical Pharmacology II
Orthopedic
Avanced Medicine
Community Health III

YEAR 2
SEMESTER 4
Personal and Professional Development-Professional Adjustment & Bioetika
Advanced Surgery
Emergency and Intensive Medicine
Pediatric
Mass Disaster
Surgical Ward Clinical Practice
Medical Ward Clinical Practice

YEAR 3
SEMESTER 5
Personal and Professional Development: Penyelidikan Sistem Kesihatan ( HSR 1 )
Emergency Department I
Psikiatric Ward
Pediatric Ward
Orthopedic Ward
Opthalmology Department
Othorhinoloarngology Depatrment

YEAR 3
SEMESTER 6
Personal and Professional Development: Penyelidikan Sistem Kesihatan ( HSR 2 )
Emergency Department II
Operation Theatre
Community Health Department I
Community Health DeparTment II
Labor Room

*Diharap LPP akan mengambil tindakan yang lebih proaktif dengan menambah baik silibus diploma seperti penambahan subjek mathematic for medical. Selain itu LPP perlu mengawal dan memantau kolej-kolej yang menawarkan diploma PP untuk meastikan kualiti dan mengawal lambakan PPP dipasaran.

Selain itu diharapkan juga LPP dapat mewajibkan pewujudan jawatan CI di Kolej KKM. Saya tidak bermaksud yang Local Preseptor (LP) tidak berkesan, tetapi tidak semua tempat mempunyai LP. Dengan wujudnya jawatan CI di kolej KKM, akan mewujudlan lebih lagi peluang kerjaya dikalangan PPP dan mengurangkan beban kerja Pengajar.

Selasa, 18 Oktober 2011

Modul PPW untuk Penolong Pegawai Perubatan

1- Basic Life Support (BLS) examination... > kena lulus tuk dapatkan sijil from UKM

2- Tiga kes Study > 1 kes non-trauma, 1 kes trauma, 1 topik kes yang diberi

3- Moulage Trauma

4- Exam SEQ Trauma

5- Mega Code Algorythm

6- SEQ ECG Examination

7- Final Exam SEQ Pre Hospital Care

8- Paediatric assesment (PALS)

9- OSCE > 5 station ( Airways, immobilised, fluid rhesus, 1st responder ambulance, minor OT prosuder)

10- VIVA

11- CME ( wajib hadir 80% dari CME yang di jalankan)
12- Sahsiah

13- Buku LOgs PPW dari KKM..

14- Fields Triage

15- Skilled LAB > ada 3 kelas wajib dihadiri (Airways Management, Immobilised and Fluid Rhesusitation)

sumber : xhilmi.blogspot.com

* Alhamdulillah ada satu silibus yang baik untuk PPP sebelum bertugas. Saya mencadangkan program ini dilanjutkan kepada setahun dari enam bulan. Selain itu peserta juga diwajibkan mengambil ACLS. Tujuannya supaya PPP kekal relevan sebagai Paramedik kecemasan kebangsaan.

Setelah tamat program ini, PPP sepatunya mendapat gred yang lebih baik seperti yang diamalkan oleh HO.

Konvokesyen Pertama (berpusat) ILKKM

Alhamdulillah, insyaAllah tahun ini saya akan berkonvo lagi. Kali ini untuk program pos basik Kawalan Infeksi yang saya ambil di KSKB Sungai Buloh.

Konvokesyen kali ini akan diadakan di KSKB terbaru,terbesar dan tercanggih iaitu KSKB Ulu Kinta. Buat pertama kalinya konvokesyen untuk semua insittusi latihan KKM diadakan secara serentak atau berpusat,selama ini pihak kolej menjalankan sendiri konvokesyen atau bergabung jika ada kolej lain didalam negeri yang sama. Ine merupakan satu permulaan yang baik untuk KSKB bergerak membentuk sebuah universiti kesihatan.


Maklumat Lanjut : http://latihan.moh.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=267%3Apengumuman-tawaran-mengikuti-kursus-diperingkat-sarjana&catid=41%3Aberita-a-peristiwa&Itemid=55&lang=bm

Ijazah untuk Penolong Pegawai Perubatan

IJAZAH Khas Untuk Penolong Pegawai Perubatan / Asistant Medical Officer

BACHELOR OF HEALTH CARE PRACTICE WITH HONOURS



pada Konferen Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2011 yang berlangsung 26 hingga 28 Jun 2011, satu ijazah/degree baru telah diperkenalkan oleh pihak Lembaga dan persatuan PPP/MA dengan kerjasama
Open University Malaysia.

Ijazah/Degree tersebut merupakan ijazah/degree yang berkaitan dengan profession Penolong Pegawai Perubatan.. ijazah/degree ini merupakan kukurikulum yang telah dirangka oleh lembaga dan persatuan dan di rujuk kepada OUM untuk di jadikan satu program ijazah/degree di OUM..

kelayakan Degree:
- Diploma Pembantu Perubatan dan yang setaraf


Yuran: RM22,000

( will done in one year (full timer), which takes 3 semester ) / PJJ (Pengajian jarak jauh) 2 years. six semester.

Program Structure

COURSE CREDIT HOUR

- learning skill for open & distance Learners 3
- professional & issues in medical cares 3
- clinical practice 6- general practicum 6

-English for oral communication 3
-advance pathophysiology 3
-clinical practice 7-general practicum 6

-advance assesment 3
-teaching methadology 3
-Bahasa kebangsaan A 3
-clinical practice 8-general practicum 6
_____________________________________________________________________________
( untuk subject di bawah, perlu pilih 1 opsyen sahaja ..
Anaesthesia, Orthopedic, Renal, Primary health care)

-anaesthesia: introduction to anaesthesia OR 3
-Primary- primary health concept OR 3
-Renal- assesment for renal disorder OR 3
-Orthopedic - Asesessment for orthopedic disorder 3
-clinical practice 9- spesific practicum 6
-pengajian malaysia


-research methodology statistic 4
-anaesthesia- Advance clinical practice OR 3
-primary- Health promotion & diseases OR 3
-Renal- management of renal disorder OR 3
-Orthopedic- management of orthopedic disorder 3
-clinical practice 10 -spesific practicum 6
- pengajian islam/moral 3

-literature review 4
-anaesthesia- specialised clinical practise OR 3
-primary health- issues in comumunity OR 3
-renal- renal replacement theraphy & rehabilitation 3
-orthopedic-therapeutic modalities & general procedures in orthopedic care 3
--clinical practice 11 -spesific practicum 6

TOTAL: 80

.
ijazah/degree estimate start this JAN 2012

* sebarang perubahan akan di maklumkan semula..

* Jika menjadi kenyataan, Insyaallah saya akan mohon, dan Insyaallah akan dapat pe;epasan untuk beberapa subjek kerana saya pernah belajar di OUM. Pilihan terbaik ialah sepenuh masa, pengalaman yang lepas memang amat memeritkan dengan jadual kerja,belajar dan keluarga yang padat.

Berdasarkan beberapa info, selain OUM, UKM juga akan menawarkan ijazah yang boleh domohon oleh PPP dengan kata lain ada kerjasama. Mungkin dalam bidang kecemasan. Selain itu pihak Lembaga/Persatuan juga sedang berbincang dengan lain-lain universiti. Sebenarnya agak susah untuk membuat satu Ijazah atas nama PPP atau untuk PPP sahaja. Melainkan atas nama Perubatan atau Paramedik.

Khamis, 13 Oktober 2011

Penolong Pegawai Perubatan di O&G




Jabatan Perbidanan dan sakit puan (obstetriks & Ginekologi) merupakan satu jabatan yang tidak asing lagi untuk warga PPP berkhidmat.

Antara tugas PPP di O&G ialah melakukan prosedur ultasound untuk ibu-ibu mengandung (obstetriks) dan pesakit puan (ginekologi)


Encik Karim sedang melakukan ujian ultrasound untuk pesakit ginekologi

PPP akan melakukan ultrasound mengikut kepada arahan Pegawai Perubatan. Biasanya kes yang di scan ialah kes yang dirujuk dari hospital dan klinik kesihatan luar. Ini bermakna PPP perlu mempunyai ilmu yang mendalam bagi mengesan dan mengesahkan kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan.

Kes biasa yang dirujuk ialah bayi kembar (multlpe pregnancy), Air ketuban kurang atau lebih, bayi besar atau kecil, kedudukan placenta (uri) yang menghalang laluan keluar, kedudukan bayi yang songsang/melintang dan sebagainya.

Manakala bagi kes gine pula ialah kes fibroid, ovarian cyst, molar, PICOS dan lain-lain.

Selain itu tugas biasa seorang PPP sebagai penyelia hospital ialah sebagai penyelia,pegawai aset dan lain-lain lagi.

Terdapat banyak peluang untuk PPP ditempatkan di Jabatan O&G, antaranya ialah :

1. PAC (Patient Asesement Centre) iaitu unit kecemasan bagi O&G. Diunit ini selain dari pesakit akan diperiksa secara fizikal oleh Pegawai Perubatan dan Jururawat, mereka juga akan menjalani ujian ultrasound

2 .Labour Room - PPP lebih layak dan perlu diletakan di unit ini memandangkan PPP semasa menjalani latihan klinikal, mereka menjalani latihan klinikal selama dua minggu dan wajib menyambut sekurang-kurangnya 1 bayi, berbanding jururawat yang semasa latihan klinikal hanya memerhati (observation)

3. Unit Inferteliti - Iaitu unit rawatan kesuburan. Antara rawatan yang ditawarkan disini ialah IUI(intra uterine insemination),IVF(In Vitro Fertilization), ART (Assisted Reproductive Technologie dan ICSI (Intra Cytoplasmic Sperm Injection)

4. Unit Maternal Fetal Medicine (MFM) iaitu satu unit khas penjagaan dan rawatan oleh pakar untuk kes-kes obstetrik. Anatara kes yang dilihat di unit ini ialah kes bayi kembar, kes kecacatan bayi, masalah amniotik dan lain-lain lagi. Antara prosedur yang dilakukan disini ialah Amnionsintesi. Ujian ini dilakukan atas pelbagai sebab antaranya untuk mengesan masalah genetik, mengesan jenis jantina bayi, membuktikan kes spina bifida, masalah kromosom dan lain-lain kes abnormaliti bayi. Jika perlu blood cord sampling juga ditawarkan dan dilakukan prosedur pengambilannya disini.

Untuk melakukan prosedur Amniontik, Blood cord sampling perut ibu akan dicucuk dengan jarum melepasi rahim (uterus) dengan bantuan ultrasound.

asas kepada melakukan ujian ultrasound ialah pemahaman kepada Anatomi terutamanya Reproduktif anatomi

Antara pengalaman saya adalah kes amniotik (air ketuban) yang kurang dan perlu ditambah, ianya dinamakan sebagai amnion infusion, selain itu antara kes kecacatan bayi ynag pernah saya lihat ialah 'anak duyung' (hemivertebra a developmental anomaly in which one side of a vertebra is incompletely developed) iaitu kes bayi yang kakinya bercantum membentuk satu kaki sahaja akibat masalah pengaliran darah dari umbilical cord.

Contoh gambar dari luar negara : Sirenomelia biasanya dikenali sebagai Mermaid Syndrome. Merupakan kes kecacatan kongenetal yang sangat jarang.

bersambung untuk unit dibawah...

5. Uro - Gynikologi

6. Gyne - Onkologi

7. Dewan Bedah

Laporan scan yang dibuat oleh Penolong Pegawai Perubatan diterima baik oleh Pakar Perubatan. Sekiranya terdapat abnormaliti yang dikesan, ujian ulangan oleh Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan akan dibuat.

Rabu, 12 Oktober 2011

Cadangan Penambahbaikan skim perkhidmatan dan halatuju Penolong Pegawai Perubatan

OBJEKTIF
Objektif utama adalah untuk mencadangkan penambahbaikan kepada system pembelajaran,pengiktirafan dan hala tuju Penolong Pegawai Perubatan.


VISI
Menjadikan Penolong Pegawai Perubatan satu profesion yang unggul menepati kehendak perkhidmatan kesihatan kebangsaan.

MISI

Memastikan Penolong Pegawai Perubatan sentiasa relevan dan boleh diterima dalam industry kesihatan dalam dan luar Negara.


Latar belakang
Profesion Penolong Pegawai Perubatan bermula sejak tahun 1786 dengan nama Dresser . Mula bertapak di Pulau Pinang dan seterusnya pada tahun 1823 Dresser telahpun berada di negeri Pulau Pinang,Melaka dan juga Singapura.Pada tahun 1936 nama Dresser telah ditukarkan kepada nama Pembantu Rumah Sakit (HA).

Tahun 1957 iaitu tahun kemerdekaan Negara Malaysia ,Pembantu Rumah Sakit telah dikenali pula sebagai Pembantu Hospital (HA) dengan wujudnya jawatan tersebut di seluruh Malaysia.Pada 1961 secara rasminya "National Union Of Hospital Assistant " (NUHA) telah didaftarkan.Sekolah Latihan Pembantu Hospital yang pertama telah beroperasi di Kuching ,Sarawak pada tahun 1969.manakala pada tahun 1971 Sekolah Latihan Pembantu Hospital yang kedua telah beroperasi di Seremban,Negeri Sembilan.

Akta Pembantu Hospital (Pendaftaran),telah dikuatkuasakan pada tahun 1977.Seiring dengan pembangunan kerjaya ,Pada tahun 1985 pula nama Pembantu Hospital (HA) telah ditukarkan dengan nama Pembantu Perubatan (MA) .

Tahun 1986 secara rasminya Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia telah ditubuhkan.Sejajar dengan perubahan demi perubahan kepada profesion , maka sijil Pembantu Perubatan telah diiktiraf sebagai Diploma Pembantu Perubatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1989 .

Pada tahun 2007 ,Nama Pembantu Perubatan (MA) telah ditukarkan kepada Penolong Pegawai Perubatan (AMO). Transformasi Profesion semakin berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi perubatan masakini dengan kewujudan Skim Bersepadu .Pengwujudan Jawatan bagi Penolong Pegawai Perubatan siswazah ke skim Pengurusan dan Profesional (P&P).


Fungsi Penolong Pegawai Perubatan
Fungsi Penolong Pegawai Perubatan adalah memberi perkhidmatan penjagaan kuratif ,promotif,preventif dan rehabilitatif kepada setiap lapisan masyarakat.

Perbincangan

Nama Penolong Pegawai Perubatan diambil dari tugas serta tanggung jawb PPP terutamanya di klinik-klinik kesihatan seluruh Negara. Penjenamaan semula nama Pembantu Perubatan yang disifatkan bertahap rendah dan sering disalah gunakan oleh lain-lain profesion terutama sekali paramedic swasta dan NGO telah membawa kepada satu idea penukaran nama baru iaitu Penolong Pegawai Perubatan. Penjenamaan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan sebagai majikan terbesar terhadap nama baru ini seharusnya diambil peluang oleh warga PPP.

Kita seharusnya mengambil peluang untuk lebih dekat dengan Pegawai Perubatan (doctor) dengan memasuki semua bidang yang turut dimasuki oleh doctor, sama ada bidang perubatan,rehabilitative,pentadbiran,kajian dan sebagainya.

Sebelum ini, peluang untuk PPP bekerja terhad kepada klinik kesihatan, psikiatrik, kecemasan, hemodialisis,orthopedic,klinik-klinik pakar dan beberapa unit kecil yang lain.

Dengan mengambi kesempatan dari nama PPP ini, seharusnya pihak penyeliaan/lembaga memikirkan untuk meletakan PPP di labour room, jabatan pathologi, jabatan radiologi, jabatan rehab, wad-wad, Pusat kajian Klinikal, makmal Perubatan dan sebagainya sesuai dimana doctor ditempatkan.

Klinik 1Malaysia.

Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan Klinik 1Malaysia, iaitu sebuah klinik yang focus kepada penyakit ringan seperti demam, selsema,batuk,luka ringan dan sebagainya.
Tanggunjawab mengendalikan klinik ini sepenuhnya diletakan dibahu Penolong Pegawai Perubatan. Kejayaan dan rasa puas hati warga Malaysia keatas klinik 1Malaysia ini diterjemahkan dalam bentuk penambahan 50 buah lagi klinik 1Malaysia yang menjadikannya kepada 100 buah. Selain itu, Menteri Kesihatan turut merancang untuk meletakan Penolong Pegawai Perubatan bagi mengetuai klinik-klinik desa diselluruh Negara. Pernyataan diatas adalah menunjukan kepercayaan rakyat dan kerajaan kepada Penolong Pegawai Perubatan.

Cadangan

1. Program diploma Pembantu Perubatan harus ditukar nama kepada Diploma Perubatan. Penggunaan nama lain adalah tidak sesuai dan mengganggu proses PPP. Nama diploma sains perubatan pula tidak wajar kerana sudah ada program seperti itu yang mana bukanlah untuk menjadikan seseorang itu sebagai doctor.
http://ims.msu.edu.my/v7/bmedscience.php
http://ims.msu.edu.my/v7/dmedscience.php


2. Program diploma hendaklah disemak semula agar menepati kehendak semasa, medapat kelulusan dari MQA dan pengiktirafan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

3. Berdasarkan perkembangan semasa, PPP boleh menyambung belajar untuk menjadi Pegawai Perubatan (doctor). Peluang ini tersedia di Lincoln University College
Dengan ini saya mencadangkan agar Lembaga Pembantu Perubatan memainkan kerjasama erat dengan memudahkan proses sambung belajar ini. Iaitu :

i. Melaksanakan program cadangan 1 dan 2 agar PPP boleh dengan mudah memasuki program MBBS dan pemindahan kredit dapat dilakukan.

ii. JPA hendaklah menaja program ini dengan gaji penuh/separuh.

http://www.lincoln.edu.my/docmm.php

4. Gred PPP hendaklah dimasukan dari U29 kepada UD 29 sejajar dengan nama sebagai PPP dan bagi memudahkan PPP yang mengambil MBBS menjadi Pegawai Perubatan.

5. Program Penempatan Wajib (PPW) hendaklah dilanjutkan dari 6 bulan kepada setahun. Tamat program ini, setiap PPP diberi ACLS/Post basic kecemasan. Rasional kepada cadangan ini ialah PPP hendaklah sentiasa bertindak sebagai Paramedik kecemasan kebangsaan walau dimana mereka bekerja.

6. Setelah tamat program PPW, PPP dinaikan gred dari UD 29 kepada UD 32. Namun cadangan 5 hendaklah dilaksanakan.

7. PPP boleh mendaftar dengan MMA. Tujuannya supaya mudah untuk MMA memantau dan mengajar PPP untuk memenuhi PPP sebagai penolong Pegawai Perubatan. Rasional nya juga ialah PPP dibenarkan menyambung belajar dalam MBBS.

8. Memasuki jabatan-jabatan lain sperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Cadangan ini nanti akan mewujudkan dua skim perkhidmatan untuk PPP, iaitu skim bersepadu dari UD 29-UD 54 untuk PPP yang tidak sambung belajar/belajar bidang lain dan skim Pegawai Perubatan dari UD42-JUSA untuk PPP yang menyambung MBBS.

Sekian cadangan saya.

Mohd Fyrol Ikram Othman
Jab. O&G, Hospital Bersalin,
Hospital Kuala Lumpur