SELAMA ini kita mungkin pernah
mendengar, lelaki boleh menemui maut jika alat sulit menyusup masuk ke
dalam abdomen. Satu-satunya pilihan bagi menghalang zakar ditarik ke
dalam abdomen ialah dengan memegang atau menggunakan penyepit. Inilah senario yang tertanam dalam fikiran sebahagian lelaki yang mengalami penyakit ini ataupun di kalangan mereka yang kurang pengetahuan mengenainya.
Sindrom
yang begitu ditakuti oleh lelaki ini sebenarnya dikenali sebagai
sindrom koro, sindrom di mana alat sulit mereka menghilang ke dalam
abdomen. Sementara di kalangan orang biasa, ia dikaitkan dengan
ketakutan yang amat sangat. Ramai yang percaya, ia boleh membawa maut
apabila ia berlaku.
Tetapi apa yang berlaku sebenarnya
adalah sebaliknya. Koro sebenarnya bukan disebabkan oleh masalah
kesihatan sebaliknya lebih kepada masalah psikologi. Malah sebahagian
besar pesakit adalah lelaki normal. Cuma ia hanya satu perasaan yang
ada hubung kaitnya dengan masalah psikiatrik.
Sindrom koro berlaku mungkin disebabkan
oleh tekanan. Sebahagian pesakit yang mengalaminya sememangnya ada
masalah berkaitan dengan seks seperti mengalami gangguan ereksi
sehingga memberi kesan kepada hubungan seks, gagal memperolehi cahaya
mata dan sebagainya. Cuma ia
berlaku secara kebetulan.
berlaku secara kebetulan.
Koro sebenarnya boleh disifatkan
sebagai sindrom yang terikat dengan budaya. Bermakna ia hanya berlaku
dalam sesetengah budaya masyarakat dan tidak langsung berkait dengan
penyakit atau keadaan di mana diiktiraf oleh dunia perubatan moden
terutamanya diBarat. Ia banyak berlaku dalam budaya masyarakat Cina,
Asia Tenggara termasuk Malaysia. Tetapi kini ia mula dikesan dalam
budaya masyarakat Afrika.
Sindrom koro dikenali dengan pelbagai nama, mengikut budaya tetapi
secara umumnya kerap disebut sebagai ‘alat kelamin yang tertarik ke
dalam badan’.
Di Malaysia sindrom ini tidak begitu
ketara.Hanya terdapat 42 kes dikesan di negara ini.”Walaupun sindrom
in! dikatakan mencatat peratusan yang besar di Asia Tenggara, tetapi
jumlahnya tidak dapat dipastikan dengan tepat. Mungkin kerana
kebanyakan pesakit pergi ke klinik swasta atau merujuk masalah mereka kepada pakar psikologi dan bukan kepada jabatan Urologi.
Sindrom ini berbeza dengan angin pasang
yang lebih banyak dikesan dan dialami oleh golongan lelaki. Malah angin
pasang sememangnya berpunca
daripada masalah kesihatan. “Angin pasang berlaku apabila otot di bahagian celah kelengkang (groin) menjadi lemah disebabikan faktor usia. Bila otot groin menjadi lemah, kandungan lemak dalam perut akan menonjol keluar. Ia terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti berdiri terlalu lama, batuk yang berpanjangan atau berlaku keadaan di mana pesakit suka meneran.”Lemak tersebut akan masuk ke dalam sarung testis dan secara relatifnya zakar akan nampak menjadi kecil. Tetapi sebenarnya yang berlaku ialah, sarung testis membesar.
daripada masalah kesihatan. “Angin pasang berlaku apabila otot di bahagian celah kelengkang (groin) menjadi lemah disebabikan faktor usia. Bila otot groin menjadi lemah, kandungan lemak dalam perut akan menonjol keluar. Ia terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti berdiri terlalu lama, batuk yang berpanjangan atau berlaku keadaan di mana pesakit suka meneran.”Lemak tersebut akan masuk ke dalam sarung testis dan secara relatifnya zakar akan nampak menjadi kecil. Tetapi sebenarnya yang berlaku ialah, sarung testis membesar.
Rawatannya hanya boleh dilakukan
melalui pembedahan iaitu dengan menolak masuk semula lemak tersebut
sambil menguatkan semula otot-otot groin. Sementara itu ahli psikologi
etnografi menganggap koro mempunyai kaitan dengan serangan panik yang
dipercepatkan oleh kebimbangan seksual. Serangan koro sering kali
beriaku apabila lelaki beraca dalam situasi yang secara normalnya boleh
menyebabkan kemaluan mengecut ke dalam, seperti kemurungan emosi atau
cuaca sejuk.
Setakat ini tiada laporan yang
mengesahkan serangan tersebut mengakibatkan kerosakan fizilkal.
Sebaliknya kebanyakan mangsa secara tidak sengaja membahayakan diri
apabila melakukan cubaan menarik keluar zakar bagi menghalangnya
daripada terus mengecut ke dalam. Apatah lagi bukan menjadi amalan
penghidap koro menggunakan peralatan mekanikal seperti pengapit untuk
merawat sindrom yang dihadapi. Mereka menggunakan satu contoh kes di
Jordan di mana seorang lelaki berusia 24 tahun dibawa ke klinik
psikiatri oleh abangnya yang mengaku mengalami masalah sukar tidur,
tertekan, suka mengasingkan diri, rasa takut can berkelakuan aneh pada
satu malam seiak dua minggu sebelum dibawa ke klinik tersebut.
Sebaik sahaja diperiksa, dengan
bersungguh-sungguh dia meminta pertolongan agar zakarnya yang sedang
mengecut ke dalam itu dihentikan. Sebelum ini lelaki yang masih bujang
ini didakwa kerap kali cuba menghalang zakar daripada ‘masuk’ ke dalam
pelvisnya. Dan disebabkan keadaan tersebut dia tidak tidur semalaman.
Pesakit adalah anak ketiga daripada
empat orang adik-beradik dan menamatkan pendidikan di gred tujuh.
Secara umum dia tidak mempunyai sebarang sejarah perubatan melainkan
pernah dibedah pada bahagian pangkal paha hingga ke testis sebelah kiri
pada umur 19 tahun. Disebabkan pembedahan ini,timbul idea yang dia
kemungkinan besar menjadi mandul dan kelelakiannya ticak lagi
berfungsi. Bagaimanapun dia tidak pernah berjumpa pakar untuk mengatasi
rasa takut itu.
Analisis sejarah seksual mendedahkan
dia sering kali berfantasi mendampingi wanita, tidak pernah mempunyai
pengalaman melakukan hubungan seks kecuali dengan seorang pelacur
sebelum simptom ini berlaku. Akibatnya dia berasa malu dan bersalah.
Apatah lagi mangsa dikatakan sebagai seorang yang pemalu, sensitif dan
tidak mampu berdikari serta tidak mempunyai ramai kenalan.Selain itu
keluarga ini juga tidak mempunyai sejarah penyakit psikiatri.
Pemeriksaan fizikal termasuk kemaluan
menunjukkan tiada apa-apa yang istimewa atau tanda-tanda klinikal
terhadap ‘organicities’. Pesakit bagaimanapun kelihatan
bingung,berpeluh-peluh, menggigil dan berasa tidak selesa (tekanan) di
bahagian celah kangkangnya. Di samping itu dia berasa amat yakin yang
zakarnya akan terus mengecut seolah-olah akan menyusup masuk ke dalam
abdomen.
Dan dalam keadaan yang amat takut, dia
lebih sanggup mati daripaca ditakdirkan sedemikian. Setakat ini tidak
kelihatan simptom-simptom psikotik.Lelaki muda ini mempunyai pencapaian
intelek sederhana dan imejan resonan magnetik otak menunjukkan tidak
wujud sebarang keganjilan dan normal. Berdasarkan diagnosis, dia
berhadapan dengan gangguan kebimbangan dan panik. Dengan sebab itu,
mangsa dirawat sebagai pesakit luar. Selain itu dia diberi sokongan
psikoterapi dan terapi perlakuan. Selepas tiga bulan pesakit ini tidak
menunjukkan simptom serangan. Setelah 10 bulan dia akhirnya kembali
normal dan berhenti daripada mengambil ubat-ubatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan