Oleh :Mohd Fyrol Ikram Othman
DMA (KPPUK) PB Infection Control KSKB SgBuloh
Pengenalan
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Lembaga Pembantu
Perubatan, Persatuan dan Kesatuan serta unit-unit penyeliaan untuk meningkatkan
tahap professionalisma Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dimata kementerian
kesihatan khususnya dan
pandangan awam amnya.
Antaranya ialah langkah yang diambil oleh Unit Penyeliaan
Hospital Sungai Buloh iaitu memperkenalkan 3D iaitu Disiplin, Documentation dan
Development.(1) Langkah ini bukan sahaja sekadar satu slogan kosong, sebaliknya
unit penyeliaan hospital turut menjalankan beberapa aktiviti bagi
merealisasikan slogan tersebut, antaranya dengan menekankan aktivit kawalan
infeksi dikalangan PPP.
Ini kerana, selama ini PPP sering disisihkan dalam aktiviti
pembangunan kawalan infeksi seperti perlantikan wakil setempat (link nurse)
mesyuarat, kursus dan lain-lain lagi tetapi PPP diaudit untuk menilai tahap
pemahaman dan pengamalan kawalan infeksi.
Laporan audit
menunjukan peratusan yang rendah dikalangan PPP. Sama ada ianya hanya persepsi
atau fakta, kenyataannya PPP kurang dilibatkan dengan aktiviti kawalan infeksi.
Sedar bahawa
kawalan infeksi bukan sahaja bertujuan menjaga keselamatan pesakit dan staf
dari jangkitan penyakit bahaya tetapi juga imej profesion, maka Unit penyelian
hospital telah menubuhkan Pasukan Kawalan Infeksi unit penyeliaan sendiri bagi
menjalankan beberapa aktivit-aktiviti penting yang sesuai dengan skop kerja
PPP.
En. Zulhelmi
Abdullah Ketua Penyelia HSB telah melantik En. Ramli Roslan PPP U32 untuk
mengetuai pasukan ini dan disertai oleh dua orang PPP U29 yang mempunyai
kelayakan pos basik Kawalan Infeksi, iaitu En. Nik
Mohd Wazer Nik Mad dan En. Mohd Fyrol Ikram Othman.
Mengapa Kawalan
Infeksi?
Tujuan aktiviti
kawalan infeksi asalnya ialah untuk
memberi
perlindungan kepada staf kesihatan, pesakit
dan waris serta
mengurangkan kadar kes jangkitan
silang. Kawalan
Infeksi melalui amalan ’Standard
Precaution’ telah
menjadi senjata paling ampuh bagi
mengekang segala
kemungkinan rebakan penyakit
dikalangan staf,
pesakit dan waris.
Kawalan
Infeksi sebagai aspek keselamatan.
Kawalan Infeksi
juga merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan pesakit di hospital.
Banyak organisasi kesihatan, pertubuhan professional, agensi kerajaan,
perundangan, pembayar cukai dan aktivis pengguna di Amerika syarikat memandang
berat soal ini kerana berdasarkan kajian, 5-10% pesakit hospital mendapat
penyakit berkaitan hospital (HAI). Kajian terhadap 2 juta pesakit yang mendapat
HAI tersebut menunjukan 100,000 daripadanya mati akibat jangkitan HAI.(2)
Soal ini telah
menjadi perbualan umum dan mendapat perhatian banyak pihak. Antaranya persatuan
pengguna di Amerika yang telah memberikan perhatian serius dan mencadangkan
beberapa soalan kepada pesakit untuk diajukan kepada staf hospital apabila
mereka mendapatkan rawatan. Antara soalan tersebut ialah adakah staf kesihatan
telah membasuh tangan sebelum menyentuh mereka dan adakah catheter atau tube
boleh ditanggalkan (bagi mengelakkan risiko jangkitan).(3)
Malah di Amerika,
terdapat laman web khusus untuk menyemak kedudukan (rating) tahap keselamatan
pesakit.(4) Amalan ini ternyata memberikan kesan positif dalam usaha
meningkatkan tahap keselamatan pesakit kerana pesakit dengan mudah mendapatkan
kedudukan hospital dan akan pergi ke hospital yang tahap keselamatannya tinggi.
Kawalan Infeksi
sebagai Hak Pesakit
Selain itu,
Kawalan Infeksi juga termasuk sebagai hak pesakit ketika mendapatkan rawatan
dihospital iaitu dalam menjamin pesakit mendapat rawatan yang selamat dan
berkualiti serta hak pesakit untuk persekitran yang sihat.(5) Dengan mematuhi
hak pesakit ini peluang untuk meningkatkan keyakinan pesakit dan orang awam
keatas perkhidmatan penyediaan kesihatan oleh PPP dapat ditingkatkan.(6)
Kawalan Infeksi
sebagai aspek Professionalisma
Profesion.
Disebabkan
pentingnya aspek kawalan infeksi,sesuatu profesion kesihatan dilihat tidak
professional jika mengabaikan aspek kawalan infeksi atau lemah dalam praktis
kawalan infeksi. Begitu juga dengan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang skop
kerjanya amat berkaitan dengan pesakit. Antara tugas PPP ialah memasang
’bladder catheter’, ’dressing’, ’insertion line’ dan pelbagai lagi ’invasive
prosedure’ yang tentunya memerlukan praktis kawalan infeksi yang tinggi agar
tidak berlaku HAI.
Kesimpulan
Ternyata tindakan
bahagian Penyeliaan Hospitalmenubuhkan sendiri pasukan kawalan infeksi bagi
meningkatkan pemahaman dan aktiviti dikalangan PPP adalah sangat wajar sesuai
dengan saranan European network (to promote infection prevention for patient
safety) agar ditubuhkan satu pasukan khas dan melibatkan pihak berkaitan dan
berkuasa (dalam kes ini pihak Penyelian Hospital).(7)
Berdasarkan
aktiviti dan audit yang dijalankan menunjukan peningkatan pemahaman dan praktis
kawalan infeksi dikalangan PPP meningkat. Namun ianya tidak berkakhir setakat
itu, sebaliknya pelbagai aktiviti akan dirancang oleh bahagian Penyelian
Hospital bagi menyemarakan lagi praktis kawalan infeksi agar ianya dapat
dipertingkatkan lagi dan menjadi budaya kepada semua warga PPP di Hospital
Sungai Buloh.
Aktiviti Kawalan
Infeksi bahagian Penyeliaan Hospital, Hospital Sungai
Buloh.
1. Memberi CNE
Standard Precaution & Hand
Hygine setiap
bulan kepada Penolong Pegawai
Perubatan dan
Pembantu Perawatan Kesihatan.
2. Membuat Audit Hand Hygine.
3. Membuat Audit Persekitaran (Enviromental)
4. Membudayakan ’Hand Hygine’ dikalangan PPP
* Artikel ini kali pertama diterbitkan dalam Buletin Agenda PPP Sg Buloh tahun ke-2
* Artikel ini kali pertama diterbitkan dalam Buletin Agenda PPP Sg Buloh tahun ke-2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan