Latar Belakang
Unit Hemodialisis
merupakan sebuah unit yang waktu kerjanya tidak sama dengan waktu kerja lain. Unit
hemodialisis mengamalkan waktu kerja berdasarkan kepada keperluan pesakit yang
akan menjalani rawatan.
Berdasarkan apa
yang diamalkan oleh Unit Hemodialisiss ( HDU ) Hospital Kuala Lumpur ( HKL )
waktu rawatan
bagi pesakit dialisis adalah seperti berikut:
a) Isnin , Rabu ,
Jumaat. ( 1, 3, 5 )
b) Selasa,
Khamis, Sabtu ( 2, 4, 6 )
Setiap rawatan
memakan masa selama empat jam. Setiap hari terdapat tiga kali rawatan ( shif )
dijalankan. Rawatan bagi shif
pertama bermula pada pukul 7 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi. Walau
bagaimanapun dengan jumlah pesakit yang ramai, staf yang kurang dan pesakit
datang lambat, waktu rawatan kerap dimulakan lambat. Kebiasaannya setelah
mengambil kira perbagai faktor HDU akan ditutup pada pukul 2115.
Oleh yang
demikian waktu kerja bagi staf HDU adalah seperti berikut:
Shif pagi : 0700
– 1400
Shif petang :
1400 – 2100
Hari bekerja :
Isnin – Sabtu
Jumlah jam
bekerja : 42 jam.
Sekiranya
terdapat kes kecemasan di luar dari waktu di atas ianya adalah seperti berikut:
Selepas jam 2100
– Jururawat akan sambung kes sehingga 1200am.
1200am – 0700 –
PPP atas panggilan akan jalankan rawatan
Ahad 0700 –
1200am – Jururawat atas panggilan akan
jalankan rawatan.
Masalah
Waktu kerja
seperti di atas telah mendatangkan ketidakselesaan, ketidakpuashati dan
keletihan kepada staf HDU. Dalam beberapa mesyuarat kakitangan HDU dengan pihak
pengurusan membangkitkan perkara ini, namun sejak tiga tahun yang lalu tiada
perkembangan positif.
Masalahnya adalah
seperti berikut :
1. Jumlah jam
kerja melebihi jam kerja waktu pejabat; contoh 7x6 = 42, 8x5= 40.
2. Tiada cuti
tambahan walaupun bekerja setiap hari sabtu ( terdapat cuti khas untuk jabatan
psikiatrik dan jabatan perubatan nuclear) staf kerugian 52 kali sabtu sepanjang
tahun.
3. Tidak dapat
menuntut bayaran kerja lebih masa walaupun bekerja setiap sabtu. ( selain itu
secara faktanya staf bekerja 42 jam, dua jam lebih setiap minggu, juga tidak
dapat bayaran lebih masa )
4. Bagi staf yang
bertugas atas panggilan pada hari ahad menjadikan tiada cuti rehat pada staf
tersebut pada minggu tersebut.
5. Disebabkan
kepenatan, ada hal lain ramai staf mengambil cuti kecemasan. Ini membuatkan
staf yang sedia ada tidak cukup mengalami kepenatan luar biasa.
Cuti pada hari
sabtu tidak dapat diberikan atas alasan bukan bekerja pada waktu pejabat. Ini
menjadikan cuti untuk seminggu hanya sehari sahaja. Berbanding dengan mereka
yang bekerja tiga shif, bukan sahaja memperolehi cuti malam bagi setiap malam
kerja, tetapi saguhati berupa telur ataupun yang sebanding harga dengannya.
Cadangan
Menyedari yang waktu rawatan tidak dapat diubah dan shif
pesakit tetap ada pada hari sabtu;
Memahami yang
waktu kerja dua shif tiada dalam mana – mana rujukan serta jumlah jam untuk lima hari bekerja tidak pula
cukup 40 jam, maka cadangannya adalah seperti berikut:
1. Jumlah jam
ditambah sejam setiap hari menjadikan 8 jam. Jumlah jam untuk lima hari bekerja
akan cukup 40 jam dan melayakkan staf untuk cuti pada hari sabtu atau tuntut
bayaran kerja lebih masa pada hari sabtu.
a) Disebabkan
oleh kerana hari sabtu terdapat jadual pesakit untuk rawatan dialisis dan
khuatir ramai staf akan mengambil cuti sekaligus melumpuhkan HDU maka
dicadangkan seperti berikut;
·
Cuti
hendaklah secara bergilir, sebagai contoh dalam sebulan hanya layak untuk dua
kali cuti sahaja dan dua kali sabtu yang lain hendaklah dalam bentuk bayaran
kerja lebih masa.
·
Dibenarkan
bekerja setiap hari sabtu bagi yang berkemahuan
·
Diberi
cuti pada hari isnin bagi yang bekerja pada hari sabtu tetapi tidak mahu dalam
bentuk kerja lebih masa.
·
Tidak
dibenarkan staf kumpul cuti hari sabtu dan cuti empat hari sekali gus.
·
Setiap
penggiliran cuti hendaklah mengikut jadual tanpa menjejaskan perjalanan,
perkhidmatan dan profesionalisme kepada pesakit.
·
Setiap
staf perlu menandatangani perjanjian untuk bersetuju mengikut jadual cuti hari
sabtu bagi memastikan HDU dapat menjalankan operasinya secara sempurna.
b) Waktu bekerja akan menjadi seperti berikut:
Hari bekerja : Isnin – Jumaat
Sabtu : Cuti
bergilir / Kerja lebih masa
Shif pagi – 0700 – 1500
Shif petang – 1400 – 2200
Jumlah jam bekerja : 40 jam
Bagi tugas di luar waktu bertugas dan hari ahad adalah seperti biasa.
Harapan & Rumusan
Cuti dua hari seminggu adalah satu keperluan
kepada setiap pekerja. Ianya dapat digunakan oleh setiap staf untuk mendapatkan
rehat secukupnya. Bagi mereka yang berkeluarga, masa yang berkualiti adalah
sangat perlu untuk bersama pasangan dan anak – anak. Selain itu, cuti dua hari
seminggu boleh digunakan untuk menjenguk ibu bapa di kampung ataupun bercuti
dalam negara.
Ini sekaligus merancakkan industri pelancongan negara dan
membantu mereka yang terlibat dalam industri tersebut. Walaupun akan ada nanti yang
mengambil kesempatan untuk terus bekerja pada hari sabtu dan menuntut bayaran
kerja lebih masa, ianya akan meberi sedikit motivasi dari segi ganjaran
kewangan. Soal kenapa perlu menambah
sejam waktu bekerja sedangkan pihak kerajaan perlu menambah peruntukan tidak
perlu dibangkitkan kerana masalah sosial dapat dikurangkan bagi mereka yang
bekeluarga dengan perhatian yang lebih pada anak-anak, membantu industri
pelancongan dan hilirannya dan pekerja yang kerja lebih masa dikenakan cukai
pendapatan, selain memberi rehat yang cukup pada pekerja sesuai dengan beban
kerja yang semakin bertambah.
Dengan waktu kerja petang dilewatkan ke jam 2200
akan membolehkan masalah rawatan melebihi jam 2100 dapat ditangani.
Ini kerana
faktor rawatan lewat habis turut mengambil kira shif pagi. Selain itu mesin
hemodialisis juga perlu ‘dibersihkan’ yang memakan masa lebih kurang 37 minit.
Sekiranya
ada pesakit di shif ketiga yang lewat bermula kerana beberapa faktor bukan
kerana pesakit tersebut, maka tidak perlulah pesakit tadi dimangsakan dengan
memotong masa rawatan pesakit tersebut.
Sebagai contoh, pesakit memulakan
rawatan pada jan 1700, sepatutnya habis jam 2100, memang tepat masanya, tapi
terpaksa juga dipotong jumlah rawatan kerana setiap mesin wajib dibersihkan
kerana sekiranya tidak keesokkannya perlu juga dibersihkan, dan ini jika
berlaku akan melewatkan shif pagi pula.
Berdasarkan hujah–hujah seperti di atas maka
jadual kerja baru bagi staf HDU perlulah dikaji semula, ianya akan meningkatkan
kualiti kerja, rawatan, dan memberi keselesaan kepada kakitangan.
*cadangan ini dibuat oleh saya semasa bekerja di HDU HKL pada tahun 2007-2008 namun saya tidak menghantarnya dan memilih untuk keluar dari unit dan bekerja ke jabatan lain.
Penerbitan ini sekadar satu perkongsian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan