Oeh : Fyrol Ikram Othman
Artikel ini diterbitkan kali pertama di Buletin Agenda PPP Hospital Sungai Buloh.
Tahukah anda hanya jabatan psikiatri sahaja di HSgB yang membuat ujian rapid urin untuk dadah?
Ujian ini dilakukan bagi mengesan kehadiran
dadah sama ada akibat dari pengambilan ubat-ubatan atau kerana penyalahgunaan
dadah. Ujian dilakukan terhadap mereka yang disyaki mengambil dadah atau
terkesan dengan dadah berdasarkan simptom-simptom klinikal.
Mereka yang diuji terdiri
daripada pesakit psikiatri,pesakit metadon, pesakit-pesakit dari jabatan
kecemasan dan lain-lain jabatan yang disyaki dengan dadah, pengawal keselamatan
yang diuji secara berkala, kakitangan kerajaan dan pelajar yang ingin
menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan orang awam yang terpilih
memasuki perkhidmatan awam.
Kami menggunakan kit ujian Multi-Drug, Ia mampu untuk mengesan sehingga 5 jenis
dadah secara serentak hanya melalui satu ujian air kencing. Jenis dadah yang
berupaya dikesan merupakan jenis-jenis dadah yang popular serta sering
disalahgunakan dikalangan masyarakat kita. Antaranya;
- Opiate : Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Pethidine
- Canabinoid : Ganja, Hashish, Marijuana
- Psikotrapik (ATS) : Methamphetamine@Syabu@Ice, Amphetamine, Methylene Dioxymetham Phetamine (MDMA), Pil Ecstasy (XTC)
- Benzodiazepine : Aprazolam, Bromazepam, Clobazam, Diazepam dll
Walau
bagaimanapun terdapat keadaan keputusan urin menjadi ‘false positive’ atau
positif palsu iaitu apabila pesakit mengambil ubat TB iaitu Rifampicin (positif
opiate) dan ubat untuk rawatan HIV iaitu HAART atau lebih tepat ubat Efivarenz
(positif canabis)
Kehadiran
dadah didalam urin akan hilang selepas seminggu dari tarikh pengambilan dadah,
namun bergantung kepada jenis dadah kerana untuk ubatan benzodiazepine jenis
tindakan lama,kesan dadah boleh berada didalam badan sehingga 30 hari atau
lebih.
Disediakan oleh :
Fyrol Ikram Othman
Pen. Peg. Perubatan
Klinik Psikiatri
Hospital Sungai Buloh
Disahkan oleh : Dr Abdul Razak
Othman
Pakar Psikiatri
dan Ketua Program Metadon
Jabatan Psikiatri
Hospital Sungai Buloh.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam